Sunday, 18 November 2012

Pray 4 Palestine!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Buat warga Farisian sekalian, permulaan Tahun Hijrah 1434 ini umat Islam di Palestin sekali lagi menjadi mangsa kerakusan Yahudi, golongan manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Mereka angkuh menunjukkan kekuasaan ke atas suatu bangsa yang tidak pernah mendapat walaupun sedikit keadilan. Dibantu pula oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang berketuakan Obama yang langsung tidak layak  untuk menjadi tempat kebergantungan umat Islam seluruh dunia, Israel makin ganas membunuh bangsa Palestin tanpa sedikit rasa belas kasihan.


Kepada umat Islam seluruh dunia khususnya warga Farisian sekalian, hulurkanlah bantuan yang terdaya untuk membantu bangsa yang seagama dengan kita itu, kasihinilah mereka, anak-anak yang tidak tahu apa-apa, ibu tua yang telah sarat penderitaan, lelaki-lelaki yang terpaksa berjuang dengan tangan dan kaki  yang dirantai dengan pelbagai sekatan. Mereka sesungguhnya memerlukan bantuan kita,. saudara seagama yang sentiasa dilingkari kemewahan dan kesejahteraan.


Paling-paling tidak pun, marilah kita berdoa untuk kemenangan, kesejahteraan dan keselamatan untuk saudara-saudara kita di bumi jihad Palestin.


Janganlah kita berdoa untuk menjahanamkan saudara seagama. sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Amin....

Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah!

Kami warga Batch 1115 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan mengucapkan Salam Maal Hijrah tahun 1434 Hijrah pada 15/11/2012 (Khamis). Kami menghulur sepuluh jari memohon maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa, terguris perasaan atau seumpamanya.

'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah'
'Bersama Melestarikan Faris Nombor Satu'

Thursday, 8 November 2012

Cuti Akhir Tahun!

Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga SBP am nya dan seluruh warga Faris Petra khasnya.. Semoga tahun hadapan memberi sejuta lagi kejayaan buat sekolah kita nanti! Insyaallah, dengan izin Allah!