Saturday, 24 September 2011
Perkhemahan Perdana SMSTMFP 2011
Perkhemahan telah berlangsung dengan jayanya! Alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya.. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu.. Keputusan perkhemahan perdana ialah tempat ke-4 : Taekwondo, tempat ke-3: PKBM, tempat ke-2: Pancaragam, tempat pertama: Pengakap. Tahniah diucapkan.
Friday, 16 September 2011
Perkhemahan Perdana SMSTMFP 2011
Perkhemahan Perdana SMSTMFP akan diadakan pada 22 September 2011 (Khamis) - 24 September 2011 (Sabtu).. Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti tahunan bagi SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SBT). Perkhemahan perdana ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan, membina ketahanan diri dan banyak lagi.. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak, pertandingan gejet dan banyak lagi.. Semoga perkhemahan perdana kali ini berjaya dan berjalan dengan lancar.
Kemerdekaan Malaysia ke-54 dan Hari Malaysia
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 dan Hari Malaysia pada 16 September 2011! Semoga semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap ahli batch 1115 SMSTMFP.. Sesungguhnya, semangat cintakan negara, agama dan bangsa adalah penting untuk diri kita.. '1 Malaysia, Trasformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'
Friday, 2 September 2011
ASTER 2011
Asrama terbuka akan diadakan pada 8 September 2011 (Khamis).. Ni adelah asrama terbuka yg first buat kitorang so, hope sumenyer menjadi ar..! Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri! hari Raya Omedetou Gozaimas!
Friday, 26 August 2011
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Warga 1115 Faris Petra..! Hope, Raya thn nim memberi sejuta kebahagiaan dlm diri kita terutama warga Faris Petra.. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.. 0 - 0 ehk! =)
Batu zamrud batu permata,
Tinggi harga tiada tawaran;
Satu Syawal hari mulia,
Aidilfitri pula kita sambutkan
Hari-hari menadah doa,
Suci doa sesudah salam;
Aidilfitri hari yang bahagia,
Hari kemenangan umat Islam
Mentari pagi terang cahaya,
Angin pagi bertiup perlahan;
Aidilfitri hari yang mulia,
Mohon maaf atas kesilapan.
~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~ =)
Subscribe to:
Posts (Atom)










