Thursday, 28 July 2011

Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 1, SMSTMFP

Kem Jati Diri, Pelajar Tingkatan 1, SMSTMFP telah berlangsung dengan jayanya di Darul Hannan, Pondok Tok Selehor, Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Banyak aktiviti yang telah dijalankan di sini antaranya lawatan ke Tempat Bersuluk Tok Selehor, Ice Breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah Motivasi, lawatan ke Rumah Orang-orang Tua, Darul Hannan dan banyak lagi. Yang penting, kami pelajar tingkatan 1 telah berjaya menemui Jati Diri masing-masing selepas menyertai kem ini. Kami harap, kem seperti ini akan dapat dirancang oleh pihak pengurusan sekolah agar kami dapat menyertai kem seperti ini pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment